Sebelum menghulurkan salam perkenalan, adakah anda pernah terfikir:
- Apakah tujuan anda berkenalan dengan si dia?
- Di manakah kelebihan si dia?
- Adakah anda akan mendapat faedah dari perkenalan tersebut?
- Apakah yang menarik hati anda untuk berkenalan?
- Latar belakang keluarga nya?
- Dan berbagai lagi soalan yang boleh di fikirkan.
Walaupon dikatakan cinta itu buta. adakah benar cinta itu buta? Jika
benar, buktikan yang ia bermata. Saya sudah minta ramai kawan-kawan saya
membuktikan cinta itu bermata, tapi sampai sekarang tiada lagi jawapan
yang boleh diterima. Oleh itu,
persoalan di atas adalah wajar dicari jawapan sebelum memulakan langkah pertama untuk mengenali si dia. Andai kata anda sudah temui jawapan nya, maka mudahlah untuk mengatur langkah seterusnya.
Jangan lah nanti, selepas berkenalan, selepas hampir seluruh hati
anda terpaut pada si dia, anda merasakan tiada keserasian pada diri anda
berdua. Nah..waktu ini siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka.
Gunakan kesempatan yang ada.
Selidiki dulu si dia. Yang paling penting,
apakah niat anda untuk berkenalan dengan si dia?
Sekadar suka-suka? Orang lain couple, aku pon nak couple? Kalau itu
jawapan nya, hentikan lah. Lebih baik tumpukan pada pelajaran ataupon
kerjaya anda.