1. Sayangi dia dengan hati,
bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan
berdasarkan perasaan, ianya akan gagalkerana perasaan sentiasa berubah
dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia
sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu.
Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana
sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu
anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka,
tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan
yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan
seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri
anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran
cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya
dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya
hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia
adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan
dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat
padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu
darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya
sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya,
apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji
menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda
mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk
menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang
terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi
hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan
raga.
9. Jangan sesekali
meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat
menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa,
ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah
itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya
sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia
percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji.
Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi
cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus
menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan